CERITA SERAM AUDIO :
HOSPITAL BERHANTU MISTERI
CERITA-CERITA BERKAITAN DENGAN HOSPITAL BERHANTU
Ok, hari ini shah nak mencerita sikit tentang tempat berhantu di sebuah hospital yang bernama Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah. OK nak dijadikan cerita saya akan mulakan dulu..
17/11/2010,
Kawan abang shah kemalangan dan dia dimasukkan kat hospital tu, so pada waktu malam tu kami pun pergi ke sana untuk melawat dia, abang saya bawak sebuah beg galas belakang yang berisi beberapa helai baju untuk member dia tu la, time dok dalam Wad tu jam tepat pukul 10 malam.
dalam pukul 11 lebih kami nak pulang ke rumah dah, aku pun jalan la dengan abang aku nak turun ke bawah, maklum la wad tu berada di tingkat 3..
time tu abang aku bawak balik bag galas dia, sebab kawan dia dah ada baju sendiri untuk ditukar,
so aku pun ikut lah abang aku balik..
dalam perjalanan nak turun dari tangga kat wad tu, aku tegur abang aku "Kenapa abang jalan laju sangat?? tunggu la kejap" tapi dia senyap je tak cakap apa2 pun, aku pun tegur la dia lagi "Aik! mana bag tu? tadi bukan dah bawak balik ker??" dia pun senyap seorang2 macam dia tak dengar aku sedang cakap dengan dia..
kali ke-3 aku tegur dia, mana bag tu??
dia cakap hahhhh!!!! dengan suara perlahan tapi bunyi macam angin dan mengerunkan, lepas tu tiba2 aku nampak abang aku tu berlari turun tangga dengan pantas gile, lepas dia duduk kat bawah2 tu aku nampak bayang2 dia macam asap putih je, and bila dia duk kat bawah sekali aku nampak dia macam pocong siap berkain kafan lagi..
lepas tu aku pun turun dengan laju la, sebab time tu dok ingat abang aku lagi (aku tak fikir bukan2 lagi) bila tiba kat bawah aku pun tunggu kat bawah tu, dok mencari2 mana abang aku pergi?? secara tiba2 abang aku tegur aku dari belakang sambil galas bag dia..dia kata awat turun cepat sangat?? tak tunggu abang pun..aku pun terkejut dan senyap sekejap! aku cakap kat dia, aik! tadi bukan dah turun laju ke? abang aku ckp "hang dok merapu apa? hang tinggal aku cakap aku turun laju lak"
HMmm!! lepas tu aku terus tak sedap hati..
Cerita 2
Hospital di Singapura.
Nama saya Danish (bukan nama sebenar). Pada waktu itu saya sedang bertugas syif malam. Pada jam satu pagi, saya terima Khidmat Pesanan Ringkas dari isteri saya yang berbunyi begini "Dan, mommy cakap pinggang dia sakit. Tak boleh bergerak. Mintak hantar ke hospital. Aidil (adik saya dan bukan nama sebenar) dan ayah nak hantar mommy sekarang. You boleh cabut ke hospital tak?" Saya dengan tak berlengah lagi, jumpa penyelia saya dan beritahu dia apa yang terjadi. Saya pun dibenarkan pulang dan saya terus langsung ke hospital.
Setibanya saya di hospital, ayah,ibu dan adik saya pun sampai sama. Adik ambil kerusi roda dan sorong ibu ke wad kecemasan. Saya pula uruskanlah pendaftaran ibu di wad kecemasan. Saya dan ayah tak dibenarkan masuk ke wad kecemasan, hanya si pesakit dan seorang lagi yang boleh menemani ibu ke dalam wad. Jadi saya suruhlah adik temankan ibu.
Saya dan ayah duduklah di bilik menunggu sambil berbual. Adik saya pula kadang-kala keluar dari wad dan beritahu kami tentang kesihatan ibu. Kami belum tahu apa yang terjadi pada ibu. Cuma doktor kata mungkin ibu sakit gastrik atau ada batu di buah pinggang ibu. Doktor perlu membuat ujian lanjut sebelum memastikan keadaan ibu.
Jadi pada satu ketika itu, mungkin pada jam empat pagi saya rasa macam nak merokok. Oleh kerana kami di hospital, kalau nak merokok kenalah jalan jauh keluar dari perkarangan hospital. Saya pun jalan perlahan-lahan menembusi tempat meletak kereta. Di tempat meletak kereta cuma ada dua atau tiga buah kereta dan beberapa buah motosikal saja. Tapi di satu sudut terletak empat buah ambulans dan saya harus berjalan melintas ambulans itu sebelum saya dapat keluar dari perkarangan hospital.
Sedang saya berjalan di depan salah sebuah ambulans, saya macam terbau wangian yang sangat kuat dan bertukar menjadi busuk sekali! Meremang bulu roma saya! Entah macamana saya ni macam nak mencari dari mana datangnya bau itu. Tiba-tiba saya kedengaran bunyi cakaran macam cakaran kuku di papan tulis. Kuat dan mengilukan sekali! Saya pandang ke kanan, ke arah ambulans yang keempat yang betul-betul di sebelah saya. Terperanjat saya nampak suatu lembaga hitam, rambutnya panjang, mata merah menyala dan lidahnya panjang terjelir di dalam ambulans itu! Benda tu macam merenung ke arah saya!
Saya macam nak pengsan. Dah tak boleh bergerak dan tak boleh berdiri. Macam saya kehilangan kepala lutut saya. Saya pun apa lagi, paksa diri saya pusing dan terus berjalan balik ke wad kecemasan di mana adik dan ayah berada. Dalam perjalanan tu saya kerap toleh ke belakang kerana takut-takut benda tu mengikut saya. Tiba di sana, ayah tanya "Aik?! Cepat kau hisap rokok?" Saya cuma senyum dan mengangguk kepala saja.
Pada jam lapan pagi, ibu dibenarkan pulang. Tapi doktor masih belum dapat mengesahkan penyakit ibu. Tapi ibu kelihatan sihat sikit dan dah boleh berjalan. Kami empat beranak pun naik teksi untuk pulang. Dalam teksi ayah tanya ibu, "Awak dapat tidur dalam wad malam tadi?". Ibu jawab, "Dapat lelapkan mata sekejap saja. Ada orang di bilik sebelah tu sekejap menangis sekejap ketawa, entah apa sakit gila agaknya? Saya suruh jururawat datang bawakkan saya air minuman, saya tanya apa sakit orang yang di bilik sebelah, tapi jururawat tu cuma senyum saja. Mungkin dia orang filipino, rupa macam Melayu tapi tak faham apa yang saya kata." Mendengar kata-kata ibu, adik saya pula mencelah, "Bu, mana ada orang di bilik sebelah? Ibu seorang saja yang ada dalam bilik. Bilik-bilik yang lain kosong bu. Aidil yang selalu keluar masuk jenguk-jenguk ibu. Bilik ibu, bilik yang hujung sekali. Bilik kecemasan yang lain semua kosong bu. Ibu mimpi tak?"
Saya pun bercerita tentang apa yang terjadi pada diri saya pada keluarga. Kami pun macam terperanjat dan bingung. Apakah benda yang saya nampak tu ada kaitan dengan apa yang ibu saya dengar di wad kecemasan? Entahlah. Tapi, saya tak akan lupa apa yang saya nampak pada malam itu. Terima Kasih.