CERITA SERAM AUDIO : RESORT BERHANTU


CERITA SERAM AUDIO
RESORT BERHANTU 


CERITA-CERITA YANG BERKAITAN

Apartment UITM

Katanya apartment seram. dengan dekorasi, pilihan warna langsir semua nampak suram. Tapi apartment ni besar. Bilik2 yang ada pun besar. Katanya sekeluarga ni menginap kat situ, tengah dok sembang kat meja makan tetiba pintu dapur terbuka & tertutup dengan sendiri. Pada malam tu jugak anak buah si pencerita ni. Baby lagi. Menangis tak henti2 sambil pandang siling. Sebab dah bagi hint2 seram, depa stay 1 malam jer kat situ lepas tu semua blah cari tempat perlindungan baru.

Sumber : Cari

Homestay di Jitra,Kedah

Dia tak bagitau homestay tu apa nama dia maybe taknak mengaibkan tempat tu kot. Homestay tu jenis rumah teres dua tingkat. Ada sekeluarga ni menginap kat situ melalu kejadian seram. Di jadikan kisah lepas balik makan malam, masuk je dalam rumah mereka dah terbau wangi tapi fikir bukan2. 

Anggap bau tu datang dari pewangi rumah. Tapi katanya masa tengah cuci pinggan kat dapur tetiba bau daun pandan yang kuat datang dari bilik air. Tak semena mena bulu roma dia meremang. Tetiba dia ternampak lembaga putih keluar dari lorong kecil yang terletak bersebelahan bilik mandi. 

Dia tak tunggu lama kat situ terus lari naik keatas. Malam tu dia dapat mimpi katanya lembaga tu marah suruh depa keluar dari rumah tu. Malah bukan dia je di ganggu malah ahli keluarga dia yang lain jugak di ganggu. Adiknya nampak lembaga putih berdiri di penjuru bilik sambil merenung kearah dia. Malah masa di turun kebawah nak minum, dia terserempak dengan lembaga putih kat tepi sinki terus tak jadi minum katanya. 

Lebih kronik lagi katanya masa dia memandu keluar dari kawasan rumah berkenaan, ada lembaga hitam pulak duduk kat seat belakang. Keesokkan harinya sebelum mereka semua pulang, jiran sebelah homestay tu tanya samada mereka di ganggu dengan gangguan mistik atau tak. menurut cerita jiran homestay tu, katanya tuan rumah pun duduk tak sampai setahun sebab tak tahan di ganggu, malah ramai yang menginap kat homestay tu turut di ganggu. Sayang, katanya homestay tu cantik, bersih & selesa tapi ada penghuni ghaib yang menumpang tinggal tak bayar sewa.

Sumber : Dunia seram

Hotel Palm Spring Resort PD

Apartment ni katanya views pun nampak seram,usang & macam rumah tinggal jer.  Condition pun tak berapa bagus sangat. Ada beberapa blok pecah2, berlalang, parking banyak lopak, kolam renang pun kering & takde orang check in sangat. Bilik pulak, langsir lusuh & koyak. Bilik tu pun rasa panas sangat even pasang aircon paling sejuk & kipas high speed. Petang dekat nak senja katanya si asben pencerita ni dah nampak something di sebalik tangga & ghaib ke dinding. 

Dalam pukul 7 petang macam tu si asben ni rasa tak sedap hati maka depa decide nak balik hari tu jugak. Yang si anak asyik pandang toilet masa depa dok berkemas. Sebab katanya 2 anak dia nampak sesuatu dalam toilet. Masa nak keluar dari bilik anak dia tak nak keluar. Katanya nak tinggal kat situ sebab ada kawan. Makin cuak la mak bapaknya, Di pujuk juga anak dia keluar dari situ. 

Masa tengah masukkan beg dalam kereta, anak dia sekali lagi pandang ke arah tangga tapi kali ni nampak ketakutan. Lepas check out dari situ, mereka bermalam di rumah mertua di pencerita. menurut cerita pakcik di pencerita tu, kat bilik hotel yang mereka tinggal pernah ada kejadian budak hilang dalam bilik tu, Ghaib macam tu depan family dia. Kolam renang kat situ pun banyak budak mati lemas. Hotel Tu pun dah bertahun takde orang menginap. 

Tapi aku musykil macam mana hotel yang takde orang duduk bertahun lamanya masih beroperasi & tetiba ada orang datang menginap. gamaknya macam mana depa survive kalau takde pelanggan ? entahlah.. cerita dari blog ke blog.. dari forum ke forum.. Tapi orang yang biasa menginap je tahu kebenaran di sebalik cerita ni kan?

Sumber :  Kisah seram di Palm Spring Resort PD

Puteri Resort Air Keroh Melaka

Hotel ni hotel 3 bintang yang banyak para pendidik tak kira level tapi yang berkhidmat dengan kementerian pendidikan Malaysia bila menghadiri kursus, perjumpaan, kuliah & apa2 aktiviti lah. Selain tu jadi penginapan pelancong luar & dalam negara jugak. Sebab dia kategori kos rendah jugak so menjadi pilihan ramai orang la. Alkisah seram ni berlaku kepada sekumpulan guru yang menginap kat situ selama 4 hari 3 malam. 

Tapi kisah seram berlaku di malam terakhir mereka kat situ. Depa balik bilik malam tu dah dekat pukul 11 malam. Masuk je bilik depa nampak seperti ada bayangan putih bergerak dari skrin tv yang rosak dalam bilik tu. Bila depa pergi dekat, takde apa apa pun. Lepas mandi semua dah siap sedia nak tidur sekali lagi kejadian mistik berlaku. Salah sorang dari mereka nampak satu bayangan berbentuk macam manusia duduk di kerusi betul2 bersebelahan katil mereka. 

Yang sorang lagi pulak rasa tilam macam beralun macam ada orang berbuai kat atas tilam tu. Sebab masing2 takut semua pakat menyorok dalam selimut. Segala doa & ayat2 alquran dia baca walau jadi tunggang langgang sebab takut. Salah seorang dari mereka bukan islam yang ada tali tangkal pendinding kat di ikat kat tangan tapi tali tu tiba2 terputus. 

Dalam tengah takut tu tetiba loceng bilik berbunyi tapi takde sapa berani bangun & buka pintu. Cuma ada seorang yang memang dari awal dah nyenyak tidur bangun buka pintu tapi takde sapa yang datang. Sebab dia tidur tak melalui detik2 seram yang kawan2 dia kena tu, dia takde rasa apa2 la dengan kejadian tu. Tengok jam dah pukul 6pagi so dia pun bersiap2 nak solat subuh. 

Dia pun capai tuala pergi bilik air. Sedang dok bercermin tetiba dia ternampak ada bayangan di belakang dia bila dia paling belakang takde apa apa. Time tu baru dia kenal erti takut. Tak tunggu lama dia lari keluar dari bilik air.

Sumber : kisahharis.blogspot.com