CERITA SERAM AUDIO : TERKENA BADI MAYAT


CERITA SERAM AUDIO : 
TERKENA BADI MAYAT




CERITA-CERITA YANG BERKAITAN DENGAN BADI MAYAT

 Aku terkena Badi Mayat..

Allahamdulillah..aku makin sihat setelah berikhtiar dengan seorang ustaz yg berasal dari indonesia yg telah lama menetap di taman kosas,ampang..Untuk aku memulakan kisah aku terkena badi mayat ni..korang ada terbaca paper2 kosmo,harian metro,sinar,berita harian x?kisah seorang pemuda yg maut dikerjakan bomoh siam?pemuda tu berasal dari kampung aku..umah arwah belakang rumah aku je kt kampung terengganu...

kisahnya semasa aku cuti semester..sebelum kejadian ni terjadi..seorang kawan mak aku meninggal dunia..akibat terkena sengatan serangga pepinggat..dlm masa yg sama arwah ada pelbagai penyakit antaranya penyakit jantung,lelah,dan lain-lain lagi..arwah menhembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke klinik..apabila sampai di klinik..pembantu doktor mengesahkan arwah telah meninggal dunia..dan jenazah di arahkan dibawa pulang tanpa sebarang surat ape2 pun...jenazah dibawa pulang kira2 jam 10 malam..tiba2 jam 12 pagi polis datang rumah arwah untuk membawa jenazah ke unit forensik di hospital kuala terengganu..dlm kes ni polis tu mahu menutup silapnya kerana tidak dtg petang td untuk menerima laporan berita kematian arwah..

jadi dlm perjalanan untuk ke hospital tu..trak polis yg membawa jenazah telah rosak betul2 dihadapan rumah aku..ini mungkin satu pertanda bahawa jenazah tu da xmau pergi ke hospital..namun polis tu telah meminta bantuan trak lain untuk datang..ramai penduduk kampung aku yg x membenarkan jenazah terus dibawa ke hospital...namum polis tu berkeras..akhirnya trak lain sampai dan membawa jenazah ke hospital..trak yg rosak tu telah diletakkan betul2 depan pintu rumah aku..maklum la trak tu mungkin telah banyak membawa mayat2...mungkin badi tu telah terkena kt family aku..tp belum la serius masa tu..

      Selang 2 minggu selepas tu..kampung aku digemparkan dngan kisah pemuda yg maut dikerjakan bomoh siam..berita ni tersebar di dlm akhbar2 harian seperti kosmo,sinar,metro..arwah adalah Faizal Harun,26 tahun adalah org kampung aku..rumah arwah belakang rumah aku je..kisahnya mcm ni..dulu arwah bekerja di kuala lumpur..sebagai pengawal keselamatan..tp arwah pulang ke kampung 4 tahun lepas..dan dipercayai terkena buatan orang..arwah menjadi mcm xnormal..oleh sbb tu la..family arwah telah berikhtiar untuk mengubati penyakit yg dialami arwah..dan akhirnya arwah telah diubati oleh bomoh dari siam tu..pada mulanya rambut dan baju arwah telah diminta oleh bomoh tersebut yg dikenali sebagai "kak yah"..

katanya ingin membawa barang2 tu untuk diberikan abgnya di siam..menurutnya abgnya bomoh besar di siam..bomoh buddha..arwah xbagi barang2 tu semua..kata2 arwah adalah "ambik la balik baju tu,kalau xde baju tu matilah kita"ni antara perkataan yg disebut arwah kt family..family arwah masa tu mmg xmengesyaki ape2 niat xbaik bomoh tu..mcm dipukau...rawatan telah berlarutan ke beberapa malam..dan akhirnya tiba malam kejadian tu..sebelum tu bomoh tersebut telah meminta 9 ekor ayam hidup,telur hitam,cincau,lengkuas,anggur hitam dan duit rm200 untuk membeli barang2 lain..

pada malam tu arwah dibawa ke rumah sewa bomoh itu jam 7.45 malam..ramai family arwah telah pergi ke rumah bomoh tu..tp semuanya dah macam kena pukau semuanya..mcm xsedar dan mengikuti ape yg disuruh bomoh tersebut..pada mulanya arwah diberi minum beberapa jag air..namum xmemberi kesan..akhirnya bomoh tersebut meminta ahli keluarga arwah utuk pegang arwah..arwah telah dimasukkan hos/paip getah ke dalam mulut dan dibuka air paip..sambil hidung ditutup..mmg kejam bomoh tu..mangsa meronta2 meminta bantuan..namun permintaan arwah x dihiraukan..hampir 3 jam dimasukkan air..mangsa kelemasan..dlm mangsa telah berkata kepada ahli2 keluarganya supaya mengucap..

tetapi xmemberi kesan kerana keluarganya telah dipukau..semasa mangsa kelemasan..mangsa telah memanggil nama ahli2 keluarganya seorg demi seorg..dan akhirnya org yg penting sekali..iaitu mak..mmg menyayat hati..semasa mangsa dlm keadaan x bermaya..bomoh tersebut meminta familynya membawa ke klinik kerana mangsa lemas..setelah sampai di klinik kesihatan merchang..masa telah meninggal dunia..akhirnya mangsa membuat laporan polis..polis telah menyerbu rumah bomoh tersebut..namum suspek telah melarikan diri..

    keesokkannya,jenazah telah dibawa pulang jam 7 ptg dari unit forensik..jenazah terus dibawakan terus ke masjid kampung aku kerana masa yg x mengizinkan..kesuntukkan waktu..jenazah disolatkan n dikebumikan selepas solat maghrib..sebelum tu aku melihat wajah arwah untuk tatapan terakhir..arwah dlm keadaan senyum..sampai 3 kali aku menatap wajahnya..selepas tu aku balik rumah utuk mandi n solat maghrib..bila sampai umah aku..entah kenapa tiba2 aku rasa xsedap badan je..jantung aku berdenyut dengan laju,badan ketar2..badan panas..malam tu aku xleh nak tido..pejam je aku teringgat kt arwah..

sblum arwah masih hidup..arwah selalu lalu tepi rumah aku..berjalan2..pejam je nampak..celik pun nampak..bukan aku je yg kena..mak n abg aku pun terkena jugak..perkara ni berlanjutan sampai 3 hari..bila tiba malam je jantung berdenyut laju,badn panas n terketar2..rasa macm ada sesuatu yg xkena..akhirnya aku, mak n abg aku membeuat keputusan untuk dtg kl ni berjumpa dgn ustaz ibrahim ni..kami menceritakan perkara tersebut..dan ustaz tu ckap kami semua terkena badi mayat..

ustaz tu ckp..ada sesuatu yg terjadi krna arwah meninggal dlm keadaan yg trajis..mungkin rohnya xtenteram sbb diperlakukan sedemikian..akhirnya ustaz tu membuatkan kami semua air penawar,urut2..dan baca ayat2 suci Al-Quran..Allahamdulillah kami terasa semakin pulih..ustaz tu jampi garam sikit untuk ditaburkan sekeliling rumah kt kmpung..sebagai perlindung..bergitu la kisah aku kena badi mayat...Wa'Allah Hu Walam....sekadar ingin berkongsi cerita..xde niat untuk mengaibkan arwah n familynya..jadikan sebagai pengajaran..semoga arwah dicucuri rahmat..semoga rohnya tenteram..Amin...Al-Fatihah...


BAYI TERKENA BADI MAYAT
( Diceritakan oleh ibu bayi sendiri )

Tragedi ini menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan. Ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga. Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50 an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu Hari Raya Aidil Adha.

Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk ke rumah itu (rumah ibu). Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut.

Ya Allah ! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah kebumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari (itu pun dengan izin dari Allah...katanya).

Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah badi daripada mayat perempuan tua dan bukannya satu tetapi tujuh, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Kerana terlalu risaukan keselamatan bayi saya, sehinggakan saya berdoa agar adalah orang yang meninggal pada hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, Alhamdulilah. Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan dengan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh CikMan tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga kemalam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat Hospital SHah Alam, menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah Maha Penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya disebut.

Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada CiMan (takut ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya sendiri, tetapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan sentiasa mengingati Allah swt. Pintu dan tingkap diminta buka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan.

Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu sejak beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan spontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya, suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga kami yang menziarahi jenazah yang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya.

Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya. Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukurnya saya, kerana bayi saya sudah pandai bertatih. Sekian lama selepas segala kesulitan itu terurai, saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah seperti yang diberikan oleh Cik Man.

Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris. Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran. Terima kasih, saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup) dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah meninggal. Apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan ikhtibar.


PESAN ORANG TUA-TUA

Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.

Teringat pada suatu cerita tragedi yang menimpa kepada seorang bayi perempuan , ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila melihat keadaan anak begitu.

Masa berlalu sehinggalah rumah bayi tersebut di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an yang memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man,  waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya keluarga tersebut memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu.

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak itu sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memandang wajah seorang demi seorang didalam rumah itu. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya wajah seorang bayi tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubati bayi tersebut hingga sembuh, dengan izin dari Allah... katanya) . Dia meminta pada keluarga tersebut mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi tersebut adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan itu) jika dibiarkan bayi tersebut mungkin akan turut meninggal.

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi  yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Bapa bayi tersebut memandikan bayi perempuan itu  seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi  (dari pinggang kebawah) ianya bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan.

Keesokkannya pagi-pagi lagi bapa bayi itu telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya dia bertemu dengan kawan lamanya  yang kebetulan kematian datuk. Beliau meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak kawannya itu. Bapa tersebut menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati  bila nama bayi perempuannya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja bapa itu serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta si Ibu memandikan bayi tersebut tetapi  tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu kepada si ibu yang mengambil alih tempatnya.

Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak.

Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu bayi tersebut tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang #Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama keluarga tersebut mendengar tangisan bayinya, tangisan yang di rindui selama beberapa bulan yang lalu. Bayi tersebut meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah itu. Dalam masa yang sama terdengar suara yang memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu yang dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam dan ibu tersebut terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada keluarga tersebut. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarahi orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi itu. Cik Man cakap itu badi mayat. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara kepada ibu bayi tersebut, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kepada bayi tersebut.

Sebagai tanda terima kasih, keluarga itu pernah sekali ingin ke rumah Cik Man dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk Cik Man dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi itu sudah pandai bertatih dan sihat walafiat.

Setelah segala kesulitan terurai mereka bercadang untuk menziarahi Cik Man, setelah mencari alamat rumah seperti yang diberikan oleh Cik Man. Apabila mereka sampai ke alamat itu keluarga tersebut melihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut dan usang. Setelah bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.

Keluarga tersebut berpandangan sesama sendiri sambil mengucap panjang. Barang yang telah terniat untuk Cik Man mereka sedekahkan ke surau yang berhampiran.

Sebagai panduan

*ayat-ayat yang sesuai untuh dibacakan bagi melin­dungi diri atau orang lain teruta­ma dari gangguan sihir.Kaedah ini diamalkan untuk perlindungan keluarga ter­masuk anak isteri dan sesiapa yang memerlukannya terutamanya anak­ anak kecil. la elok dilakukan di waktu pagi dan petang dengan menghadap kiblat sambil menadah kedua-dua belah tangan seperti orang berdoa.

Ayat yang dibaca terdiri daripa­da: Surah Al-Ikhlas Surah Al-Falaq Surah An-Nas. Selepas membaca Bismillah dan surah Al-Fatihah baca surah Al­Ikhlas, kemudian surah AI-Falaq. Akhir sekali barulah surah An-Nas. Setelah ketiga-tiga surah tadi sem­purna dibaca menurut kaedah di atas tiup tangan perlahan-lahan hingga habis nafas. 

Semasa hampir habis nafas, raup kedua-dua tapak tangan ke seluruh muka, rambut dan semua bahagian kepala, diikuti dengan seluruh bahagian badan kecuali di kedua-dua anggota sulit badan. Amalan ini boleh dilakukan sekali, tiga kali, lima kali atau tujuh kali.