Kisah Benar- Aku Bomoh - Part 5


so lepas dari tu bermula la cerita mak ayah aku. lepas dari malam tu ktorg pergi berubat habis tempat dah. semua cakap benda sama. ada org suka ayah dan dia main kasar dengan family ktorg mungkin aku sakit tu la punca semuanya terbongkar. banyak lah ustaz yang sarankan buat tu buat ni, ada sorang tu ckp kene amek air hujan minggu kedua sebulan lepas datang jumpa dia. bagi aku agak mengarut lah sebab time tu tngh musim panas.
banyak sngt la petua2 yang bomoh/ustaz kasi. tapi kami filter dlu mana yang elok. yang merapu2 semua letak tepi dlu. masaa pegi jumpa ustaz/bomoh, mak la yang selalu kene rasuk. ada satu time tu bila kena rasuk, dengan aku2 sekali tolong ustaz tu.
makin banyak benda kacau fmly aku, makin kuat aku rasa aura panglima tu. tapi dia dah jarang datang. kadang2 dia just datang dalam mimpi aku je. ajar cara2 nk ubat orang, lepas dari tu kebanyakan time mak aku kene sampuk, aku ngn ayah la bnyk ubatkan.
tpi time tu mcm baru2 je lagi. takde la kuat sngt pun. takat ngubat2 family tu bole lagi la. time tu pulak ayah dah strt belajar nk ubat2 ni dari ayahsin. selalu la mlm jumaat ktorg pegi rumah dia, mintak nasihat, consultation le lebih kurang. makin kuat ayah belajar makin kerap mak sakit. penah je mak muntah darah time2 tengah melawan benda tu. mak time tu dah lewat 40an dah. gagah lagi tendang org tu orang ni. hahah.
ayahsin ni pulak jenis ustaz/bomoh yang rmai geng. rmai kawan2 dia ustaz/bomoh. agak terkenal jugak la dia ni dekat negeri aku tu. kadang2 berhari2 takde pegi KL nk ubat kan orang, pegi Indonesia pun penah, smua org jemput dia. kadang kalau time tak terkawal, susaah nk cari orang.
mungkin sebab tu kot ayah belajar. tapi tu la.. makin bnyk belajar, beramal, makin bnyk dugaan dia. tapi ayah mcm tak penah putus asa la nk fmly aku sihat.
time tu dah beberapa bulan fmly aku tak stable sebab benda ni, aku pulak makin hmpr nk SPM. tahun tu la jugak aku nk spm.. disebabkan aku bnyk tak datang sekolah, banyak terpaksa skip sekolah sebab keadaan fmly aku, pengetua amek tindakan, nk tukarkan aku ke sekolah ayah aku. oh.. lupa nk btau,
ayah aku cikgu dekat sebuah sekolah. so, pengetua sekolah aku tu bekas cikgu ayah aku. so diorg mmg kenal la. so pengetua datang sekolah ayah aku sndri cakap dia terpaksa tak bagi aku amek SPM dekat sekolah aku tu and dia suruh amek dekat sekolah ayah. ayah punya la bengang dan marah, dia ckp dia nk tumbuk je pengetua tu dekat situ.
sedih woo.. mak ayah tak sihat, aku lak kene anak tirikan. ayah punya la tak sihat, smpai dia nk berhnti jadi cikgu. dia nk rehat2 je dekat rumah. tp berkat kesabaran ayah, alhmdlh ayah tak jadi berenti. oh. time tu tak tau lagi sape punya semua ni. sape yang busuk hati sngt dekat fmly aku tu. so, aku hnya bole belajar je dekat sekolah A, then amek spm dekat sekolah B, sekolah ayah.
time tu aku bnyk ngadu mslh aku dekat kaunsler sekolah dan ada sorang cikgu ni rapat ngn aku. dia kawan baik arwah pakcik aku dlu. semangat balik aku bila ingt kata2 depa.
dekat sekolah pun aku selalu kene ejek. biasa la mulut orang kan. mana bole tutup. rmai mmbr2 aku dah tau penyakit aku and fmly. cikgu2 pun ramai tahu. kalau masuk dalam bilik guru, terpampang nama aku sebagai calon SPM menumpang. sedih gila. time2 mcm tu sepatutnya aku dpt support, tapi semua org makin membenci aku org panas tngk aku kot. sbbb penah la dlu masa mak kene rasuk, dia ckp dia xkn bagi sesiapa pun kawan ngn aku or dekat ngn aku. aku rasa tu betul. rmai kawan tak lekat lama ngn aku. semua bla xde sebab. ahh. aku tak penah kisah pun. rmai je kawan2 ckap aku dah gila/biol. ye la. sekolah tak selalu datang, dengar cite fmly ada mlsh bagai. aku balik sekolah tu normal la nangis bila fikir nasib.
ahahha.. time tu hati abang tak taff lagi. hahhaha
oh cerita cikgu aku lak. ada sorang cikgu add math aku ni, asek duk kutuk aku je ckap benda tu mengarut bagai semua. penah sekali tu dalam kelas depan2 semua org dia duk cite hantu tu tak wujud la bagai. walaupun tak aim dekat aku, tapi aku terasa gila kot. asek duk pandang2 aku. aku bole dikatakan lemah la dalam add math.
campur lak dengan tak datang sekolah bagai, memang kene aim la. entah macam mana duk 2-3 minggu lepas tu, cikgu tu tak datang sekolah berbulan2 jugak la. akhirnya aku dngr cerita family dia pun kene kacau. tapi walahualam la sapa kacau tu. aku tak penah amek tau. mungkin pengajaran bagi kita semua. benda y kita tak nmpk tu bukan tak wujud, tapi tak di izinkan tuhan untuk tengok.
part 6
okay seperti yang dijanjikan. warna kuning. korang masih ingt lagi tak pasal bilik aku warna kuning ( part 1 ). okay. dlu ayah cat bilik tu kuning sebab ad lebihan cat dapur. hahahah.. balik lain semua biru. light blue. so bilik aku kuning. kuning ni kalau panas toksah cite la.. haha.. panas gila.
so, lepas aku kene tu dlu, aku tertarik dengan warna kuning. aku pun taktau kenapa. so, aku cerita la dekat ayahsin aku minat kuning. ayahsin pun ckp, kalau benda2 tu nk datang,
(ilmu, panglima) dia lagi sukakn persekitaraan yang dia prefer. fuhh. bnyk jugak la aku consult mcm sebelum ni. tak syirik ke percaya benda2 tu semua, bnyk lah. ada sorang ustaz tu cakap
beli kain kuning, untuk persediaan, beli sapu tangn kuning untuk aku bawak pegi mana2. incase aku kene pape, so kain kuning tu mcm membawa semangat la. dlu kain tu mmg ada dalam poket aku kalau kemana2.
penah jugak la kes aku terjumpa orang ada saka, dengan aku tersenyap tak leh cakap. pastu pegang kain tu bca2 sikit. random kot time tu. pastu makcik tu tenung je aku. aih. time ni aku dah strt rasa payah kalau ada benda2 jaga ni.
payah bukan apa, kdg2 pegi pasar malam ke apa ke, terserempak dgn orang ada ilmu ke apa ke, aku pulak yang tak pasal2 rasa pelik. hahah.. lama jugak la benda ni jadi, 2 tahun lebih la. ayahsin cakap dugaan orang ni macam2. ada yang kene teruk ada yang tk kene pape.
ayahsin dlu sebelum jadi ustaz/bomoh, rasa nya dekat 20-25 tahun dia sakit kene racun. lepas dah elok tu, bole berubat orang pulak. so aku ni kiranya mentah lagi la. baru 4-5 bulan baru.
pastu ayahsin ckap jangn percaya sangt dekat kain kuning tu, buat tu mcm perantaraan antara aku dengan semangat aku. lebih kurang macam tu la. so, far masa cerita kain kuning ni, fmly aku still tengh lagi sakit2.
penah aku libas mak yg kene rasuk dengan kain, ala sikit je time tu, tp dia punya meraung tu lain macam. pastu senyap la sekejap. penah aku bungkuskn mak dalam kain tu sebab nk buang benda tu. alhmdlh la tahan seminggu.
okay cerita gmbr pompuan dalam telur lak. ni selain berubat dengan aku, mak ayah cari alternatif lain jugak. sebab bila aku berubat orang, aku akan sakit at least sehari dua. kdang2 pening kepala teruk, kdg2 demam. so ayah pegi la rumah seorang ustazah ni.
dia tengah mengandung time tu. anak sulung kalau tak salah. aku time tu follow jugak la. tpi mcm biasa, bila aku smpai je rumah ustazah tu, mcm ustaz2 lain, dia akn sapa aku dlu. tak tau la kenapa. oh. lupe lak. syarat nk berubat dengan dia, kene bawak telur sendiri. telur ayam.
kadang2 ad sesetengah bomoh, diorg guna telur sndri. so ni tak, kita beli telur tu, kita bawak smua la. so, chances nk menipu tu takde la. so, ayah la y first dia buat. ayah duduk depan dia, then dia selawat sambil golekkn telur tu dekat belakang ayah, part ni aku mmg nmpk dengan mata kepala aku sndri.
mmg xde peluang dia nk menipu langsung. sebab, org tngh peratikan. golek kiri ke kanan, atas ke bawah. dalam 5 minit la lebih kurang, dia amek satu bekas, dia pecahkan telur tu dalam bekas tu.. ini part paling tak logik. masa dia pecahkan, keluar mata pisau cukur, paku, dengan gambar seorang pompuan. benda2 tu ada lagi dekat rumah ayah simpan
nnti aku amek gmbr aku upload sni. paku tu lagi panjang dari telur kot. mcm mana bole masuk dalam telur aku pun tak paham. mata pisau cukur tu lagi la. berkarat siap. mcm2 betul. gmbr pompuan tu full, dari kepala smpai la kaki. tapi gmbr tu mcm dah dikoyak. mcm crop gmbr dia je.
koyak pakai tangn sbb bole nmpk kesan koyak tu. ustazah tu ckap, tu la perempuan yang bawak si pembuat ilmu hitam ni jumpa bomoh siam nk bomohkan keluarga aku. ayah pun satu. dia g simpan benda2 tu. tpi dah neutralize kan dah. dah takde bisa la lebih kurang. depan mata aku kot. bila tngk benda tu, bru aku strt nk percaya 100% fmly aku kene buatan orang. mak pulak keluar rambut, darah dengan duri. ustazah tu ckp ada benda mak termakan yang orang tu kasi. so, orng tu kiranya kenal n rapat la dengn fmly aku.
misteri ni last2 dibongkar ayahsin, dia ckp ada sorang cikgu dekat sekolah ayah minat dkt ayah. lama jugak la baru tahu. ni beza kalau bomoh ngn ustaz. bomoh akan selalu cakap je sape y buat, tp ustaz takkn cerita, dia kan bagi hint je. ya ah. kuasa tuhan kan, mana tau org tu tak buat ke. tak pasal2 timbul fitnah. panglima pun tak penah ckap nama org tu. tpi bnyk kali la aku mimpi pasal benda tu.
mimpi ad pompuan selalu kacau mimpi aku. dia mcm tngh2 mimpi, then ada pompuan mcm rosakkn semua. tp pompuan ni xde muka. kalau ada pun aku xkenal gak sbb dia cikgu sekolah ayah. ayah ckp dia janda. betul la tu kot gilakan laki orang. wallaualam. dari kejadian tu la aku nekad nk beramal dengan ilmu aku y tak seberapa ni. niat nk tolong ayah mak je. takde niat pun nk ubatkn orng selain family.
tpi ayahsin pesan, kalau kita niat mcm tu, niat nk tolong orang lain, dalam keadaan apa sekalipun, kalau org datang, kita kene tolong. pukul 5 pagi ke, tngh main game ke tengah duk dalam class ke, tngh bawak kete ke, kalau org mintak tolong tu jgn tolak. sbb kita dah diamanahkan. dann smyg and beramal takleh tinggal. jiwa kene bersih. time tu remaja. jiwa nk buat je smua bnda.
last2 ending dia pun aku x percaya smpai skg. part ending tu tak tau la episode brpe nnti. hahah. bnyk sngt. aku ceritakan satu2.
haa. berbalik ustazah telur tu, dah habis mak ayah dia telurkan, tiba time aku lak, dia golek golek golek, bila pecahkan, telur tu tak pecah. campak la 2-3 kali pun tak pecah. smua org heran. sbb time tu rmai org y tngh queue nk berubat. bila dah 2-3 kali tu, ustazah tu dah x campak. tapi masa dia campak tu, dia campak slow2 la xde la smpai baling mcm main baseball tu. haha. dia cakap ada benda lindung tak bagi nmpk yang dalam.
wallaualam.. balik tu bnyk gak aku memikirkan benda tu. bila aku cerita dekat ayahsin, dia ckp xpelik pun. orang ada ilmuhitam pun mcm tu, takkn nmpk dalam. aku termenung bukan sebab apa, nk tahu ilmu yang aku ada ni baik ke tak. tu je.

bersambung....Part 6