Gangguan Misteri Penunggu Rumah Sewa
Along, Nora dan Ayu adalah sahabat karib. Mereka berkawan sejak di tahun pertama di salah sebuah institusi pengajian tinggi di ibu kota lagi. Kebetulan ketika mereka berada di tahun ke 3, mereka tidak dibenarkan tinggal di kampus lagi. Mahu tidak mahu mereka terpaksa menyewa di luar. Setelah puas mencari rumah, akhirnya mereka bersepakat untuk menyewa sebuah rumah teres yang sudah lama tidak berpenghuni. Memandangkan sewa yang ditawarkan agak murah, tanpa berfikir panjang mereka terus bersetuju. Rumah teres itu dimiliki oleh seorang lelaki tua yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Atok Mok.
Kali pertama berjumpa dengan Atok Mok ketika menyerahkan wang deposit,
mereka sangat terkejut. Wajah orang tua itu amat menakutkan mereka .
Keningnya hitam lebat, air mukanya sangat garang dan matanya sentiasa
meliar ke sana ke sini serta berwarna merah. Mujur juga orang tua itu
cepat mengundur diri. Namun matanya tidak berkedip memandang Ayu!
Setelah sebulan menyewa di rumah itu, mereka dapat merasakan sesuatu
yang tidak kena dengan rumah itu. Setiap kali malam jumaat mereka dapat
menghidu bau wangi Ada ketikanya mereka ternampak seperti kelibat Atok
Mok di dalam rumah itu. Lebih meyakinkan lagi, Along dan Nora melihat
sendiri Atok Mok sedang tidur bersama Ayu di bilik tidurnya.
Keesokan pagi, Along dan Nora terus menceritakan segala yang dilihat
malam tadi kepada Ayu dan dia kelihatan sungguh terperanjat, sedangkan
pada hari tersebut dia tidak pulang ke rumah. Lagipun jika difikirkan
secara logik, buat apa dia benarkan Atok Mok tidur bersamanya ? Keadaan
menjadi bertambah rumit apabila Ayu mendapati ada kesan lebam dan
calar-calar di badannya.
Sementara berusaha mencari rumah sewa yang lain, baik Along, Nora dan
Ayu, masing-masing tidak berani lagi duduk sendirian di rumah, jika
Along atau Nora pulang lewat, Ayu sanggup menunggu mereka di depan pagar
rumah. Untuk masuk bersendirian ke dalam rumah, tidak sama sekali. Di
saat itu tiba-tiba sahaja bulu roma Ayu meremang. Kemudian pantas sahaja
kakinya melangkah ke dalam rumah.
Malam itu sedang mereka tidur nyenyak tiba-tiba sahaja Ayu menjerit dan
mengilai. Seluruh tubuhnya menjadi kejang dan matanya merenung tajam ke
arah Along dan Nora. Rambut Ayu yang panjang mengerbang. Kedua sahabat
itu tidak berani memandang muka dan mata Ayu yang sudah mula merah.
Selepas di bacakan ayat-ayat suci Al-Quran keadaan Ayu agak kurang
sedikit. Tetapi selepas beberapa minit kemudian keadaan Ayu kembali
teruk. Apabila melihat Ayu cuba melarikan diri keluar rumah, Along dan
Nora terus memegang kedua belah tangan dan kakinya. Namun, kekuatan yang
dimiliki oleh Ayu amat luar biasa. Along dan Nora terpelanting di
terajang oleh Ayu. Setahu mereka Ayu tidak pernah berkelakuan ganjil,
cuma sejak berpindah ke situ dia lebih suka mengasingkan dirinya.
Biarpun kedudukan rumah mereka agak jauh namun jeritan kuat Along dan
Nora telah didengari oleh penghuni yang tinggal tidak jauh dari situ.
Masing-masing bergegas keluar memberikan pertolongan. Kebetulan pula
salah seorang dari mereka iaitu Pak Wahab, mengetahui misteri di sebalik
rumah teres yang sudah lama tidak berpenghuni itu. Namun dia enggan
bercerita dengan lebih panjang. Seolah-olah dia tidak mahu merungkaikan
rahsia rumah besar itu. Walaubagaimanapun dia banyak membantu memulihkan
Ayu. "kalau macam ni caranya, lebih baik kau orang berpindah saja dari
sini. Nanti pakcik tolong carikan rumah. Nampaknya "dia" masih taknak
lepaskan rumah ini". Kata-kata Pak Hussin mengandungi seribu persoalan.
Sehingga jam 4 pagi, barulah jeritan Ayu reda sepenuhnya, itupun setelah
di jampi serapah dengan ayat suci Al-Quran oleh Pak Wahab. Tidak lama
selepas itu barulah Ayu sedar dan mula mengucap. Apabila Ayu sedar, dia
segera memeluk Along dan Nora. Rupa-rupanya dia terasa dirinya cuba
dipeluk oleh satu lembaga yang menyerupai Atok Mok.
Selepas peristiwa ngeri malam itu, tanpa berlengah lagi mereka terus
mengambil keputusan untuk berpindah rumah. Peristiwa ini mengajar mereka
untuk lebih berhati-hati apabila memilih rumah sewa. Sejarah atau
latarbelakang pemilik rumah perlu kita selidik terlebih dahulu sebelum
mengambil kepututsan untuk menetap. Dari siasatan mereka, rupa-rupanya
Atok Mok sudah lama meninggal dunia dengan membunuh diri bila isteri
mudanya melarikan diri bersama lelaki lain. Namun rohnya tetap mendiami
rumah itu dan kebetulan Ayu mirip isterinya dahulu.