KISAH-KISAH YANG BERKAITAN
TAJUK : Nenek Kebayan Pemilik Bunga Hutan
DiCameron Highland....mak tetiba tertarik dengan bunga hutan yang tumbuh melata di tanah tinggi tersebut....abah kata bunga tersebut ilah bunga kecubung hutan..dan banyak tumbuh di hutan.....ada warna merah jambu, putih dan kuning....bentuk bunga tersebut..seperti tergantung..dimana kelopak bunganya tergantung ke bawah...
memang cantik...ilah pun tertarik dengan kecantikan bunga tersebut..menurut abah ,lagi dahulu semasa berburu ngan arwah bapanya (arwah datuk )dihutan...terutama waktu malam ..adakalanya akan terserempak tanpa sengaja dgn bunga,tersebut kerana bila waktu malam bunga ini akan mengeluarkan bau yang sangat harum....jadi bila terbau bau nie arwah datuk selalu mengajak abah melihat bunga tersebut dari dekat....bila ilah tanya kenapa...abah hanya tersenyum...sahaja....
berbalik kepada mak...pula. sepanjang perjalanan naik ke cameron emak memuji2 bunga tersebut yang sesekali dilihatnya ada tumbuh ditepi lereng bukit....cameron...sementara abah setelah bercerita hanya diam sahaja mendengar kaletah mak.....dan meminta abah berhenti kerana ingin mengambil batang pokok tersebut untuk ditanam dirumah....namun abah menegah....terus mak menarik muka...seolah2 merajuk ....
ilah hanya tersenyum sahaja sambil memandu menuju ke penginapan kami yang terletak di tanah rata....
esok paginya ilah dan mak singgah di mardi berjumpa dengan kwn mak..sementara abah lebih suka memilih dok di apartment....
tanpa disangka bunga hutan tersebut ada ditanam di mardi...emak punyalah suka ...abis dipatahnya batang pokok tersebut ..puas ilah menhalang..tetapi tidak dihiraukan ..aduihlah! susah tul kalau berdepan ngan peminat bunga..nie..hu..hu...hu..
terus disimpannya di dalm kereta agar tidak dilihat oleh abah...mak siap warning ngan ilah jgn bagitau abah hu..hu...
pada malam tu..selepas isyak..semasa ilah turun sekejap untuk buang sampah...ilah macam nampak kelibat sesorang terbongkok2 berjalan berhampiran kereta.......eh!kenapa makcik tu...sakit kaki ker..cepat 2ilah pergi kearahnya untuk menolongnya...bila ilah sampai ke kereta ilah...kelibatnya tetiba hilang..terus naik bulu roma ilah....hmm tanpa membuang masa terus ilah cepat2 naik ke atas.....
dirumah pula..selepas menonton tv..abah akan membuka tingkap diruang tamu dimana abah akan melihat kereta kesayangannya tu...dahulu sebelum masuk tidur....dan tetiba muka abah berkerut..cepat2... ilah ,menuju ke arah abah...dan...... eh! abah siapa pula yang dok kat atas kereta kiter tu....(ilah nampak ada sesorang dokbersila dengan kepala dikelubung kain kat atas bumbung kereta abah )sementara abah hanya diam membisu dan terus dicapainya kotak tisu....sambil membaca sesuatu dan terus dilemparkan kearah lembaga tersebut ...terus hilang ....erk! abah wat apa nie.....ujar ilah ....sementara abah jegilkan mata kat ilah smbil menyuruh ilah masuk tido......waaaaaaaaaaaa.....kena marah....
pada keesokkan harinya ..semasa dlm perjalanna pulang tuk turun kebawah..semasa memandu tanpa disangka mata ilah dpt menangkap objek terbang laju mengekori belakang kereta...berselubungi hitam dengan sebelah tangan kirinya memegang kayu panjang seperti tongkat......
sementara abah diam jer....bila sampai di lata iskandar..tetiba abah menawarkan diri untuk memandu...dan mcm biasa ilah hanya menurut.....
bila abah memandu....terus abah berkata dengan kuat.."sudah jangan ikut lagi....aku minta maaf kalau aku terambil barang ko...bini aku tak tahu bunga tu milik ko....sebagai tanda maaf aku pulangkan ....terus abah berhenti tepi ..buka bonet....dan diambilkan tiga batang pokok bunga tersebut dan diletakkan ditepi kaki jalan dengan memeluk tubuh..dengan mulut berkumit....2..tanpa disangka...batang pokok tersebut hilang drpd pandangan......dan didepan abah dlm samar2 ilah lihat kelibat wanita tua berbongkok2...menuruni lereng bukit menuju arah hutan....
bila abah masuk dlm keter terus abah membebel..kan abah dah cakap jangan diambil pokok tu...hmm nasib baik nenek kebayan tu
boleh terima rundingan abah...mak pula hanya diam membisu....tak pasal2 ilah kena marah...
rupa2nya menurut abah..bunga hutan nie ada penjaga nya ....samada nenek kebayan atau cik ponti...ini adalah wangian daripada bunga tersebut sangat disukai oleh makhluk 2 tersebut...dan arwah datuk suka mengambil bunga tersebut pada waktu mlm karana elok dibuat ubat..dlm perubatan tradisional..
TAJUK : Kisah ni diceritakan oleh arwah datuk semasa dia masih hidup dulu..
Pada suatu hari..mereka dan beberapa org kampung mengembumikan jenazah seorang perempuan yg tgh sarat mengandung..setelah sampai di kubur dan menanam mayat wanita tersebut.. tertiba mereka mendengar bunyi "poopp"..seperti bunyi perut meletup atau pecah..
tak beberapa lama kemudian kawasan kubur berbau hanyir..tetiba mereka mendengar bunyi mengilai..waktu tu mmg dah petang..mereka cepat2 beredar..kerana dari bunyi mengilai yg nyaring..ianya semakin sayup2..dan itu tandanya "benda" tu semakin dekat..
sampai diperahu..masing2 cepat2 berkayuh..hingga mereka terlupa seorang lagi penduduk kampung tertinggal kerana tak larat nak berlari..mereka berpatah balik dan melihat penduduk kampung tersebut pengsan tak jauh dari anak sungai tempat perkuburan tersebut..
sampai dirumah..mereka sedaya upaya menyedarkan penduduk kampung tu dari pengsan..tapi tiada tanda yg dia akan sedar..3 hari kemudian penduduk kampung tu meninggal dunia..masa mereka memandikan jenazah..mereka terkejut kerana "bola lelaki" jenazah tu hilang..kecut seperti dah hancur..
setelah diterangkan oleh seorang penduduk yg mengamalkan perubatan tradisional..barulah mereka tahu bahawa pontianak telah memakan "bola" alat sulit lelaki tersebut..
hampir sebulan mereka diganggu pontianak tersebut..dan itu memaksa semua kaum laki di kampung memakai kain wanita pada sebelah malam..
sekian..