CERITA SERAM AUDIO : GANGGUAN PONTIANAK




CERITA SERAM AUDIO : 
GANGGUAN PONTIANAK

CERITA-CERITA YANG BERKAITAN

PONTIANAK YANG MENYAMAR

Selepas makcik selesai berubat,kini tiba giliran kawanku pula..kawanku itu memulakan bicara bahwa dia sering sakit dan bermimpi pelik dan menakutkan setiap malam.Aku mendengar setiap butiran Wati.Aku melirik ke arah dua kawanku Amy dan Mimi.Aku terperasan yang Amy bagaikan tidak selesa dan matanya meliar.Aku menegur Amy tetapi dia buat tak kisah aje.Hembusan nafasnya juga kencang apabila Wati mengadu kepada Pakcik M sedangkan aku dapat melihat Pakcik M memandang sekilas ke arah Amy.Amy mula gelisah.Pakcik M dan aku melihat keadaan Amy yang seperti serba tak kena.Aku hanya meneka dalam kesamaran...

Pakcik M memandang tepat ke arah Amy dan membuatkan rakan aku Wati terpinga-pinga.Aku mengajak Wati dan Mimi yang duduk bersebelahan dengan Amy berganjak dan pergi ke sofa yang berhampiran.Wati kehairanan...Lantas aku menarik tangan mereka supaya beredar segera dari duduk disebelah Amy.Aku masih lagi memerhatikan pergerakan Amy...Tiba-tiba Pakcik M bersuara dan berkata denganku " Kau pun tahu jugak ke...siapa pontianak dan siapa yang sakit sebenarnya kat sini?"aku tergagap.."tidak..saya cuma meneka kerana perangainya lain sekarang..."Tetapi dalam hatiku aku juga pelik bagaimana aku dapat perasan begitu pantas....

Mata Amy semakin meliar dan mula mengeram halus..mula resah dan secara tiba-tiba menyeringai...aku jadi takut.Amy mengcengkam kepala lututnya dengan kejap..aku pun tak tahu nak buat aper nih.Pakcik M bertanya siapakah namanya dan mengapa dia menganggu cucu adam??

Amy masih lagi dalam keadaan tadi dan hanya memandang sinis.Pakcik M telah bertanya berkali-kali tetapi Amy boleh buat 'dek' aje.Pakcik M pergi ke dapur mengambil sesuatu.Aku melihat Pakcik M mengeluarkan seseuatu yang bergumpal yang disimpan di dalam kotak kecil yang seakan-akan rambut.

Pakcik M bertanya untuk kali yang terakhirnya..siapakah di dalam badan Amy dan mengapa menganggu mereka sambil mengacukan gumpalan rambut dan dibawahnya tersedia lighter untuk membakar gumpalan itu...Mata Amy merah dan teragak-agak dan tunduk.Pakcik M mengertak lagi dan mengatakan padaku bahawa gumpalan rambut yang dipegangnya adalah gumpalan rambut pontianak.Bila Pakcik M bertanya lagi tentang kenapa dia mengacau rakanku watie.Amy masih bernafas keras..Pakcik M mengambil Lighter(pemetik api) dan mula hendak membakar rambut yang dipegang tadi...Amy bebunyi takut dan berkata-kata seakan mengilai...nadanya yang tinggi...menakutkan aku,watie dan beberapa tetamu yang ada..

Aku dan tetamu mulai waspada..Amy yang mengeletar cuba bangkit dan melangkah melepasi meja ruang tamu (meja yang selalu diletakkan antara sofa)dan jatuh.Pakcik M menerpa dan mengangkat rambut itu menghalakan pada Amy lalu dibakarnya rambut itu .Amy masih mengilai dan cuba merampas rambut itu tetapi tak berdaya dan menangis.......

Tangisannya amat mendayu dan meremangkan bulu roma.Pakcik M berjaga dan kembali bertanya..Amy berkata dia disuruh oleh seseorang.Pakcik M bertanya lagi siapa?? tetapi Amy menyambung nangisnya...tetapi Pakcik M tidak terpedaya dengan helah pontianak itu.Sambil sekali lagi menyalakan lighter dan merapati rambut itu,Pakcik M sekali lagi bertanya membuatkan Amy atau pontianak yang merasuknya memandang tajam ke arah pergerakan tangan Pakcik M..

Pakcik M bertanya lagi tetapi kali ini memintanya keluar dengan cara baik.Pontianak itu menjegilkan matanya dan berdegil..Pakcik M menyimpan rambut pontianak itu ke dalam bekas khas dan merapatkan tangannya sambil membaca ayat suci yang dibaca di permukaan air yang diberikan oleh isterinya selepas Pakcik M minta.Pontianak itu mengilai sekali lagi apabila ada ayat yang dibaca dengan kuat oleh Pakcik M yang membuatkan pontianak itu meraung kesakitan.Selepas bertarung 15 minit..Amy jatuh dan pengsan.Aku dari tadi memerhatikan tingkahlaku Amy ingin menolong Amy tetapi ditegah.Pakcik M menyuruhku bersabar seketika kerana Pakcik M ingin memastikan keselamatan aku.Pakcik M merenung Amy yang terbaring sambil menghembuskan nafasnya bersama ayat yang disebut olehnya...dan Amy masih disitu pengsan....Pakcik M memberikan isyarat kepadaku untuk mengejutkan Amy..

Aku menarik tangan Amy dan memapahnya.Watie yang dari tadi takut dan matanya terbalalak kerana tak percaya apa yang berlaku di depan matanya mula memberanikan diri menolong aku menarik Amy ketepi.Didalam hati kami masih tertanya siapa yang tidak puas hati dengan group kami?Aku disuruh oleh Pakcik M menyapukan air yang diberi oleh isterinya ke muka Amy.Daan dengan perlahan aku mengikut perintah.Amy mulai sedar dan terpinga-pinga..badannya lemah dan dia mengadu sakit.....aku hanya menyuruh Amy berehat sebentar dan minum air kosong.

kami bertanya kepada Pakcik M,pakcik M menyatakan bahawa benda yang merasuk Amy..pakcik M hanya menyatakan memang sebenarnya Watie yang sakit dan diganggu oleh pontianak itu tetapi apabila mengetahui bahawa Watie dibawa kesini,pontianak itu terus berpindah dan memerhatikan pergerakan kami.Itu sebabnya Watie merasakan biasa sahaja apabila ditanya oleh Pakcik M..

Aku masih inginkan jawapan dari pakcik M,kenapa Amy yang terkena atau dipilih oleh pontyianak itu sebab satahu aku...dari luaran Amy nampak cergas dan sedikit kasar.pakcik m hanya menyatakan bahawa Amy lemah semangat.Pontianak itu juga dikirim dari kampung yang bermaksud Orang dari Kampung Watie telah menyimpan dendam terhadap watie.

Watie maju kedepan dan bersungguh-sungguh bertanya siapakah orang yang sanggup melakukan perkara ini terhadapnya? Setahu Watie dia jarang balik ke rumah Mak ayahnya kerana jauh dan kerana atas tuntutan kerja.Watie hanya menjengukkan mukanya hanya ketika waktu dia dapat apply cuti panjang.Kebanyakn masanya hanya menelefon dan bertanya khabar keluarga.Itu sahaja....pakcik M enggan menyatakan siapakah gerangan orang yang menyihir Watie tetapi hanya memberikan klu bahawa ada sesuatu atau seseoang yang akan berhenti kerja dalam tempoh waktu terdekat.

PAkcik M membekalkan bunga 7 jenis dan dua biji limau purut kepada Watie dan Amy.Tujuannya ialah untuk membersihkan aura disamping menutup liang roma bagi menjauhkan pontianak tapi kembali merasuki atau menganggu mereka...Kami beransur untuk pulang dan jam menunjukkan pukul 12.00 malam...semasa aku melangkah dan melambai tangan ke isterinya Pakcik M berkata padaku seorang supaya menjaga tingkah laku kerana aku bukan keseorangan........Aku berkerut dahi..ingin bertanya lebih lanjut tetapi rakanku telah memanggil aku segera masuk ke dalam kereta kerana malam semakin larut.......


2 ORANG PEMUDA TERSEREMPAK PONTIANAK DALAM HUTAN !!

Di dalam sebuah kampung tinggal dua orang yang bersahabat baik bernama Pok Lan dan Fauzi. Kedua-dua orang sahabat ini sangat rajin bekerja dari pagi hingga ke malam, dari malam hingga ke pagi..

Pada suatu hari terfikirlah Pok Lan untuk pergi bercuti sambil merehatkan fikirannya yang semakin lama semakin buntu dengan beban kerja yang dihadapinya. Maka pada malam itu berkatalah Pok Lan pada Fauzi.. " Zie! aku rasa dah sampailah masanya kita untuk bercuti, rehatkan fikiran... apa pendapat engkau?"

"Elok sangatlah tu... Kemana kita?" Jawab fauzi dengan bersungguh-sungguh. "Aku rasa baik kita pergi ke hutan... sambil melihat alam semulajadi, boleh gak kita cari-cari tempat untuk memancing..!" sambungnya lagi sambil memikirkan ketenangan yang akan mereka kecapi setelah berada di sana nanti.

Setelah mencapai kata sepakat maka pada hari minggu berikutnya bertolaklah mereka ke hutan untuk memenuhi hajat yang terpendam di hati mereka. Kira-kira matahari segalah di atas kepala, sampailah sudah mereka di pinggir hutan berhampiran dengan sebuah sungai yang agak lebar dan dalam airnya. Terus saja ia menyusuri sungai itu masuk ke dalam hutan.

Sekian lama berjalan, belum juga sampai ke tempat yang hendak ditujunya. "Dah lama sangat kita ni Lan!.. bila kita nak sampai?"tanya Fauzi yang mula curiga. "Sebenarnya aku pun kurang pasti gak tempat tu... tapi kalau tak silap aku ada satu tempat yang cantik dan ada air terjun disebelahnya. Itupun dulu aku ikut bersama bapak aku menjerat rusa, terjumpa tempat tu."Pok Lan pun mula tak sedap hati.

Hari hampir gelap,lalu mereka mengambil keputusan mendirikan khemah di suatu tempat yang agak lapang berhampiran situ. Setelah siap, mereka hidupkan unggun api dan memasak makanan untuk santapan malam itu. Kawasan hutan memang cepat gelap berbanding dengan di luar sana.

Setelah menjamu selera mereka, bersandar Fauzi pada tiang khemah sambil menyalakan sebatang rokok. "Itulah engkau, kalau tak tahu kan baik cakap tak tahu aje!" Rungutnya pada Pok Lan. Jawapan bisu daripada Pok Lan kerana dia tahu memang itu salah dia. "Kalau macam inilah suasananya bercuti, pagi besok baik kita balik aje!" sambung Fauzi lagi.

"Yelah, yelahh..!" Jawab Pok Lan lalu terus masuk ke dalam khemah. "Tu la engkau, cakap sikit dah nak melenting."dengan bersahaja Fauzi sengaja meninggikan suara.

Tiba-tiba terdengar suatu suara mengilai yang sungguh kuat di atas pokok. "....Hiiii...hiii..hii....hhiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....!! Fauzi tersentak dan secara spontan mendongak ke atas lalu ternampaklah dia akan perempuan berpakaian putih, berambut panjang mengerbang, membelakangkannya sambil duduk berjuntaian kakinya di atas dahan pokok. Makhluk itu terus mengilai dengan kuat dan mendepa-depakan tangannya menampakkan kukunya yang panjang. Di tangan kirinya sedang memegang sebiji kepala monyet yang masih berlumuran darah sedang menitik-nitik ke bawah.

Fauzi menjadi kaku dan tidak dapat hendak bergerak dan mengeluarkan suaranya. terasa seperti di gam seluruh anggotanya pada tempat dimana dia bersandar.

Tanpa disangka, pontianak itu berpaling dan memakukan matanya pada Fauzi seperti memarahinya... matanya yang bulat dan gigi taring yang terkeluar daripada mulutnya menampakkan kesan darah segar daripada kepala monyet itu yang baru dihirupnya.

Pontianak itu terus mengilai dan memberikan senyuman yang mengerikan pada Fauzi yang tidak dapat berbuat apa-apa kerana terlalu takut.


Pontianak itu mencampakkan kepala monyet kebelakang dan terbang turun perlahan-lahan menghampiri Fauzi dengan tangannya yang menjulur ke depan seperti hendak mencekiknya.

Semakin dekat tangan pontianak itu menghampiri leher Fauzi untuk menembuskan kerongkongnya dengan jari-jari kuku yang panjang dan tajam itu dan ............."PANGGGGG!!"...... satu tamparan hinggap di pipi!..

"Kan mak dah cakap jangan mengarang cerita seram!!... dah! pergi tidur.... besok nak ke sekolah!" Nisa terus menutupkan buku dan pergi gosok gigi sebelum masuk tidur.


Bertemu Pontianak ketika Berkhemah di Taman Rimba Kenong Lipis

Tempat: Taman rimba kenong lipis.
Masa: 10 malam, 3 pagi.
Mangsa: aku, ibrahim(nama sebenar, cikgu sekolah mahad tahfiz
sungai salan).

Pemangsa:Cik ponti.

Cerita ni berlaku kat aku pada tahun 2001, dan kali pertama aku bertemu dengan cik ponti. Cerita dia macam ni, Pada 10.3.2001 aku dan ibrahim merancang nak pegi camping kat taman rimba kenong. Biasa la bila lama2 kat hutan batu nak merasa pula duduk kat utan betul, jadi kami pun bertolak jerantut, terus ke lipis, naik bot, pum-pang2 sampai la kat utan kenong.

Bile dah sampai tu, terus kiteorang pergi jumpa ranje utan, bang marzuki, nak dafta name, terus dia cakap " korang nak berkemah kat sini hati2 sikit nanti dapat awek baru pulak," aku dah pelik semacama ape kaitan berkemah gan dapat awek baru, aku pun tanya ibrahim, tapi dia senyap dan senyum je, aku dah runsing bin anih dah, nak ajak balik kang dah jauh dalam utan ni, aku pun diam je la.

Jadi bile dah jumpa tempat yang lapang sikit, terus kitaorang pasang kemah, cari kayu, dan buat ape yang patut. Dalam pukul 10 lebih lepas makan malam, borak-borak tibe2 perut aku memulas nak berak, dalam masa tu jugak ibrahim sibuk cari garam kasar nak buat pagar kat kawasan kemah kami, aku pun cakap la kat ibrahim "garam kasar dalam beg aku, biar aku je la yang buat pagar, ko besar kan api tu" ibrahim pun terus campak kayu dalam api nak bagi besar api, aku ape lagi terus pegi sungai nak bebet.

Tengah sedap bebet tu ,tibe2 aku rase ade mende menitik kat lengan, mule2 ingat air ujan, tapi dari petang tadi tak ujan2, jadi aku biar kan je, tapi bile aku dah selesai bebet, dah siap cuci, ade mende menitik atas lengan yang same ,tempat yang sama walaupun mase aku dah nak balik, "aik mende ni". ambik lampu suluh dalam poket, suluh2 kat lengan, Allah, darah yang menitik rupenya, jantung aku terus berderau, bile aku bau darah tu, ya Allah, bau hanyir dan busuk menerusuk dalam idun, sah ni darah dari makhluk halus, terus aku ambik tanah kat bawak, baca tiga kul, ayat kursi, lempar tanah tu kat atas, bile lempar tu, terus makhluk lu terbang cam burung, sebab aku dengar bunyi burung mengepak.

Bile makhluk tu dah bla aku pun terus balik kemah dalam keadaan tergopoh gapah sampai lupe pasal pagar. Terus aku masuk kemah,Kawan aku tanya " ko dah pagar" dah aku jawab. Kiteorang pun tidur. Lebih kurang pukul tiga pagi, aku terjage, sebabnya aku rase dahage sangat. Tengah minum air tu, aku dengar bunyi orang pempuan nyayi "lalalaaa, laaalllaa"dan bunyi "keriuk,keriuk" bunyi buai akar berayun, " aik bile pula ade buai kat sini", aku pun nak bukak zip khemah, pap tangan aku kene pegang, "apehal ko ni ibrahim" aku tanya, alih2 dia tanya aku pulak, "betul ke ko dah pagar kawasan kemah kite ni", aku terkejul la, "apehal ko tanya cam tu", "cube ko tengok kat luar ape tu", kate ibrahim, aku pun intai kat luar, ya Allah, mase tu aku nampak lembaga berbaju putih dengan muke menuduk kat bawah, tapi mase tu makhluk tu tak main buai dah, makhluk tu tengah berdiri lebih kurang 9 kaki dari khemah aku, hahh, betul ke ko dah pagar, "belum ibrahim, aku takut tadi ade mende kacau aku mase berak". Kami pun diam menbisu, sambil berzikir.

Tibe2, aku dan ibrahim nampak bayang2 kat kiri khemah, bile aku dan ibrahim toleh ke kiri khemah, bayang2 tu hilang huhu lege betul rase nya. Toleh depan balik, bile toleh depan je, aku terdengar bunyi orang bernafas "hemmm, hummm, hemmm, hummm", bau nafas tu busuk ooo, aku toleh ibrahim , ibrahim toleh aku, aku dah mengigil dah, bile toleh belakang je, bummm makhluk tu ade kat belakang kiteorang dengan mulut terganga, mate warna merah, muke pucat, rambut panjang mengurai dan paling aku ingat sampai sekarang makhluk tu tengah gendong bayi berulat, tapi macam masih idup, dan mase aku tengah ketakutan sambil tengok bayi tu, boleh pulak bayi tu senyum kat aku, dan boleh dikatakan senyum yang paling menakutkan penah aku tengok huhu.., last2 aku jerit dan terus pensan, sedar2 je ibrahim dah azan waktu subuh, terus aku ambik wuduk, solat subuh. 

Bile aku tanya ibrahim ape yang berlaku lepas aku pensan, di kate cik ponti ti tinggal kan no fon dia kat aku, cis ibrahim ni bergurau pulah, rupe2 nya lepas aku pensan , ibrahim dapat halau cik ponti tu, lepas kena halau terus ibrahim buat kan pagar dan terus tidur sampai pagi. Lepas solat subuh kiteorang terus kemas barang, balik, lagi pun badan aku rase macam tak sihat dah, mase tengah daftar keluar, terjumpa la bang marzuki, siap boleh tanya lagi" dapat awek baru"
" dapat bang, siap bagi no fon lagi" huhu. Itu je la cerita aku, nanti aku cerita lagi.