CERITA SERAM AUDIO :
MISTERI BUNGKUSAN DAN LIF
CERITA-CERITA YANG BERKAITAN
Misteri Lif Puaka???
Saya Ari, tinggal di Woodlands. Kisah ini berlaku sekitar setahun yang lalu. Lif rumah saya baru dibina pada masa itu. Saya tidak tahu hari apa saya menaiki lif itu, tapi yang saya tahu lif itu cuma boleh mula berfungsi secara rasmi seminggu lagi. Saya memang tak sabar nak naik lif baru itu. Seminggu sebelum ia mula beroperasi, saya pulang daripada kerja pada lewat malam, sekitar pukul 1.30 pagi. Saya pun sudah penat, lalu memeriksa lif baru itu samada boleh digunakan atau belum. Rasa gembira bila lif itu sudah boleh digunakan!
Ari tekanlah tingkat nombor tiga. Sebelum pintu lif ditutup, Ari terkejut bila seorang wanita berjalan dengan pantas masuk ke dalam lif dengan kepalanya tunduk ke bawah. Dia menekan tingkat enam. Wanita itu berpakaian putih dan merah. Dia berdiri di belakang saya kerana saya yang akan turun dulu.
Pintu lif ada panel gelas yang boleh melihat luar. Selepas lif bergerak ke atas, saya perasan di tingkat dua ada seorang wanita yang berdiri di luar lif, iaitu wanita sama dalam lif! Saya sudah syak yang wanita di belakang saya bukan manusia. Saya ketakutan hinggakan tidak tahu membaca ayat-ayat suci. Saya tutup mata dan tunggu sampai tingkat tiga. Saya rasakan lif ini naik agak lambat! Apabila rasakan lif itu berhenti, saya terus keluar bergegas lari! Mata saya masih tutup kerana takut sangat2. Lif yang dibina ini terletak di hadapan pintu rumah saya.
Dengan tidak melihat apa-apa, saya terus ketuk pintu rumah! Pintu pun dibuka dan saya terperanjat apabila seorang lelaki berbangsa Tionghua membuka pintu. Lelaki itu marah dan berkata "Why you knock my door this late night! You got problem arh?!". Saya jadi bingung macamana boleh tersalah rumah pula. Saya pun memeriksa tingkatnya.
Alangkah terperanjatnya apabila ternampak yang saya sekarang berada di tingkat sebelas! Saya pun ceritakan apa yang berlaku kepada lelaki Cina itu. Lelaki Cina itu teperanjat bila Ari cakap Ari menaiki lif. Dia mengatakan yang lif itu belum boleh naik lagi! Saya pun terkejut! Lelaki itu pun rasa kasihan dan dia pun menghantar saya pulang ke rumah. Bayangkan macamana saya boleh naik sampai tingkat sebelas?!!!
Misteri Menyeramkan Lagenda Tingkat 13!
Apabila disebut angka 13, pasti ramai yang akan mengaitkannya dengan pelbagai cerita mistik dan paranormal yang disampaikan dari mulut ke mulut.Apatah lagi jika menyebut angka 13 pada tingkat sesebuah bangunan, yang kononnya lebih keras dan berisiko 'diganggu' berbanding tingkat-tingkat lain.
Dan kerana sebab itulah kita sedia maklum di sesetengah negara, tingkat 13 sengaja ditinggalkan kerana angka malang itu.Sementara di Malaysia jika mengikut pengalaman kita, tingkat ke 13 bangunan pejabat biasanya dijadikan surau.
Adapun begitu, asal-usul budaya ini dan sebab sebenar tidak meletakkan angka 13 ketika proses pemasangan lif sesebuah bangunan tidak kita ketahui.
Bagaimanapun, ada spekulasi menyatakan terdapat satu zaman di mana pereka bangunan risaukan kepercayaan karut masyarakat dengan angka itu, lantas mengambil keputusan tidak meletakkan tingkat 13 pada senarai digital lif.
Perbuatan itu mula menjadi biasa seterusnya mendapat tempat dalam budaya dan rekaan bangunan. Perlakuan itu lama-kelamaan menimbulkan tanda tanya yang kuat sehingga melahirkan pelbagai kisah dan Urban Legend.
Kisah yang paling kerap diceritakan kepada mereka yang bekerja atau tinggal di bangunan yang sepertinya adalah; Pernah ada seorang lelaki yang dikisahkan pergi ke sebuah bangunan tanpa tingkat tiga belas pada hari yang ke 13. Dia lantas menggunakan lif untuk naik ke sebuah tingkat di atas tingkat 12.
Dalam perjalanan untuk sampai ke tingkat 14, lif dengan tiba-tiba menjadi pelik dan berhenti di sebuah tingkat misteri. Apa yang terjadi selepas itu, pintu lif terbuka dan tidak ada apa-apa lagi berita mengenai lelaki tadi. Sesetengah orang mendakwa lelaki itu telah memasuki dimensi lain dan menemui pintu gerbang ke tempat roh-roh jahat tinggal.
Selain kisah tadi, terdapat beberapa khabar angin yang kononnya mempunyai kaitan dengan tingkat 13. Ada juga bangunan yang meletakkan tingkat 13, bagaimanapun, ianya akan dibiarkan kosong atau ditutup kepada orang awam.
Tingkat 13 memang wujud namun hanya boleh diakses dengan menekan butang lif dengan nombor-nombor tertentu yang bertindak sebagai kata laluan.
Tingkat 13 kononnya digunakan pemilik bangunan untuk ritual pemujaan atau perjumpaan Illuminiti. Sesetengah teori konspirasi pula mencadangkan kepada kita bahawa tingkat 13 dalam bangunan-bangunan kerajaan sebenarnya bukan tidak ada, tapi sebaliknya mengandungi rahsia-rahsia teratas dalam sesebuah jabatan kerajaan.